Krisis Tebusan Algeria: Usaha Cari Lima Rakyat Asing Diteruskan - Berita Dunia | mStar

Krisis Tebusan Algeria: Usaha Cari Lima Rakyat Asing Diteruskan

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IN AMENAS: Pihak berkuasa Algeria masih mencari lima rakyat asing yang masih hilang dan cuba mengenal pasti identiti tujuh mayat yang rentung dibakar, sehari selepas tragedi tebusan berdarah itu.

"Masih tiada berita mengenai lima warga asing yang hilang," menurut pegawai keselamatan.

Pasukan tentera khas Algeria melancarkan serangan terakhir Sabtu lalu bagi memburu kumpulan militan di kawasan padang pasir, di kompleks minyak dan gas yang menjadi lokasi ratusan tebusan.

Terdahulu, 37 warga asing dari lapan negara dan seorang warga tempatan terbunuh selepas menjadi tebusan pemberontak.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan