Jepun Tutup Sementara Kedutaan Di Mali Bimbangan Keselamatan

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Jepun akan menutup kedutaannya di Mali kerana situasi keselamatan yang semakin teruk di negara tersebut.

"Jepun akan menutup sementara kedutaannya di Mali kerana keselamatan semakin teruk di negara ini. Bagaimanapun akan meneruskan operasi di kedutaan di Perancis," menurut kenyataan Kementerian Asing Jepun.

Katanya kakitangan kedutaan akan mula keluar dengan seberapa segera sebagai persiapan dan dijangka pada 27 Januari.

Keputusan itu dibuat sehari selepas Jepun mengumumkan bahawa sekurang-kurangnya tujuh rakyatnya terbunuh dalam krisis tebusan di negara jiran Algeria.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan