Insiden Kereta Dibom Di Iraq, 17 Maut

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGHDAD: Serangan yang tidak putus-putus berlaku di dan sekitar Baghdad dan di utara Iraq telah mengorbankan seramai 17 orang dan mencederakan berpuluh-puluh mereka yang lain pada Selasa.

Keganasan yang berlaku di tengah-tengah pergolakan politik itu menyebabkan Perdana Menteri, Nuri al-Maliki menentang beberapa teman dalam kerajaan terdahulu dan berlakunya protes anti kerajaan selama lebih empat minggu di kawasan yang dimonopoli oleh puak Sunnia yang berkeras membantah pemerintahan oleh ketua puak Shitte.

Serangan bom pada Selasa mengakibatkan ramai terbunuh di pusat pemeriksaan tentera Iraq di selatan Baghdad, yang merupakan pangkalan ketenteraan, dan kebanyakannya di kawasan kejiranan Shiite di utara bandar itu, kata pegawai perubatan dan keselamatan.

Tiada kumpulan yang tampil untuk bertanggungjawab, tetapi puak militan Sunni sering melancarkan serangan dan memaksa Iraq kepada keganasan akibat perbezaan fahaman politik yang berlaku dari 2005 sehingga 2008.

Dalam serangan berdarah itu, seramai enam orang terbunuh apabila sebuah kereta dibom dekat kem tentera di bandar Taji, kira-kira 25 kilometer utara Baghdad, kata pegawai tentera dan seorang pegawai perubatan.

Sekurang-kurangnya 20 orang lagi cedera.

Menurut seorang pegawai, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 14 yang lain cedera dalam satu insiden kereta dibom di bandar Mahmudiyah, selatan ibu negara itu.

Sebuah kereta di sebuah pasar di utara Baghdad berdekatan dengan Shuala dibom dan mengorbankan lima orang dan mencederakan 12 orang yang lain, manakala empat insiden tembakan dan letupan bom di wilayah Diyala mengakibatkan seorang lelaki anti-Qaeda terbunuh dan sekurang-kurangnya enam yang lain cedera.

Di bandar Tuz Khurmatu, utara ibu negara pula menyaksikan enam pegawai keselamatan Kurdish turut cedera dalam satu insiden letupan bom di tepi jalan. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan