Hukuman Penjara 30 Atau 35 Tahun Mencukupi Bagi Headley - Peguam

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHICAGO: Seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang menjadi dalang serangan bom di Mumbai, India sepatutnya menjalani hukuman penjara antara 30 hingga 35 tahun kerana telah bekerjasama dengan penyiasat.

David Headley, 52, mengaku bersalah terhadap beberapa pertuduhan yang mendakwanya terlibat dalam melancarkan serangan selama tiga hari itu atau dikenali sebagai peristiwa 9/11 India.

Pertuduhan itu boleh membawa hukuman penjara seumur hidup.

Namun dalam dokumen yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Chicago, pendakwa persekutuan berkata hukuman terhadap Headley patut dikurangkan di atas kesanggupannya untuk kerjasama dengan penyiasat ketika dia ditahan pada 2009.

Headley memberitahu segala maklumat berkaitan rancangan kumpulan Lashkar-e-Taiba yang melancarkan serangan itu.

Dia turut memberi keterangan mengenai seorang ahli perniagaan dari Chicago, Tahawwur Rana yang memberi bantuan kewangan kepada kumpulan pengganas tersebut.

"Dia perlu mendapat ganjaran kerana bekerjasama dan memberi keterangan mengenai Rana. Itu perkara baik,"

"Bagi usianya, penjara 35 tahun sudah mencukupi," kata peguam James Kreindler yang mewakili keluarga beberapa rakyat AS yang terbunuh dalam serangan di Mumbai.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Headley, John Theis enggan memberikan sebarang komen.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan