Gangnam Style Raih Pendapatan RM24.3 juta Untuk YouTube

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SAN FRANCISCO: Google pada Rabu mengumumkan laman YouTube yang memaparkan video "Gangnam Style" nyanyian penyanyi rap Korea Selatan, Psy meraih lebih AS$8 juta (RM24.3 juta) menerusi pendapatan iklan.

Ketua Pegawai Perniagaan Google, Nikesh Arora mendedahkan angka itu ketika membincangkan potensi pendapatan YouTube untuk suku pertama tahun ini bersama penganalisis kewangan.

Pendapatan iklan dari video popular YouTube dikongsi bersama dengan pencipta kandungan video berkenaan.

Pada Disember, "Gangnam Style" menjadi video pertama yang mencecah satu bilion penonton di YouTube.

Ia menjadi satu peristiwa bersejarah dalam dunia alam maya.

Berdasarkan rekod, video itu ditonton lebih 1.23 bilion penonton sejak dimuat naik pada Julai tahun lalu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan