202 Juta Penganggur Tahun Ini

Diterbitkan: Rabu, 23 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GENEVA: Kadar pengangguran global meningkat sebanyak empat juta orang pada tahun lepas menjadi jumlah keseluruhan 197 orang, dan lima juta orang lagi dijangka akan meningkatkan kepada 202 juta orang pada tahun ini, kata Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada Selasa.

Perangkaan menunjukkan dua tahun ini sahaja seramai sembilan juta orang akan terlibat dalam kadar mereka yang secara rasmi berdaftar sebagai penganggur, dan keadaan itu disebabkan oleh krisis kewangan yang bermula sejak lima tahun lalu, dengan tambahan 28 juta orang tanpa pekerjaan.

“Perangkaan ini bermakna pada hari ini terdapat tambahan 28 juta penganggur yang berada di seluruh dunia berbanding 2007,” kata Ketua ILO, Guy Ryder kepada pemberita di Geneva pada Isnin.

Kadar pengangguran tahun lepas meningkat sedikit kepada 109 juta orang sejak krisis yang berlaku pada 2009, tetapi “rekod yang dipecahkan pada 2013”, kata seorang pakar untuk ILO, di mana ia merupakan agensi buruh kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kepada AFP.

Bilangan itu dijangka meningkat sebanyak tiga juta lagi pada 2014 dan akan mencecah 210,6 juta pada 2017, kata ILO, sambil menambah bahawa kadar pengangguran global dijangka kekal 6.0 peratus sejak itu. - AFP

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan