Tentera Mali Dan Perancis Kembali Tawan Tengah Mali

Diterbitkan: Selasa, 22 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DIABALY: Tentera Mali dan Perancis mengawal seluruh bandar Diabaly dan Douentza di tengah Mali pada Isnin selepas kumpulan militan yang sebelum ini menawan bandar itu bertindak menyembunyikan diri di dalam semak berhampiran bagi mengelak serangan udara yang dilancarkan.

Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian berkata, strategi tersebut berkesan dalam usaha menentang kumpulan militan, yang menawan beberapa bahagian negara ini selama 10 bulan.

Konflik itu membangkitkan kebimbangan yang lebih meruncing di rantau ini.

Serangan tentera Mali terhadap dua bandar yang ditawan musuh merupakan satu kejayaan kepada kerajaan Mali atas bantuan tentera Perancis," katanya dalam satu kenyataan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan