Singapura Galakkan Populasi Dengan Skim ‘Bonus Bayi’ - Berita Dunia | mStar

Singapura Galakkan Populasi Dengan Skim ‘Bonus Bayi’

Diterbitkan: Selasa, 22 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Singapura pada Isnin mengumumkan peningkatan bonus wang tunai untuk ibu bapa yang mempunyai bayi yang baru lahir dan memperkenalkan cuti bersalin sebagai sebahagian daripada pakej untuk menggalakkan populasi dan mengurangkan kebergantungan terhadap warga asing.

Ibu bapa bagi bayi warga Singapura yang dilahirkan sejak 26 Ogos tahun lepas akan menerima sagu hati berupa wang tunai sebanyak SG$6,000 (RM14,808) – satu peningkatan 50 peratus, di mana ia berkelayakan untuk dua anak pertama bagi setiap pasangan.

Insentif kewangan itu akan meningkat kepada SG$8,000 (RM19,743) untuk anak ketiga dan keempat setiap pasangan, apabila kerajaan cuba untuk mengurangkan kos sara hidup yang tinggi untuk membesarkan keluarga di negara itu.

Sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa perlu menjadi warganegara Singapura bagi membolehkan mereka menerima sagu hati itu.

Kerajaan akan memberi subsidi itu pada minggu pertama cuti bersalin bagi bapa kepada bayi yang dilahirkan dari 1 Mei tahun ini, kata agensi Divisyen Bakat dan Kependudukan Kebangsaan (NPTD) turut membuat pengumuman mengenai dalam satu kenyataan media.

Kadar kelahiran Singapura adalah 1.2 kanak-kanak setiap wanita, menurut perangkaan pada 2011, yang mana ia di bawah angka 2.1 yang perlukan untuk mengekalkan populasi negara. - AFP

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan