Nepal Keluarkan Kad Pengenalan Jantina ‘Ketiga’ - Berita Dunia | mStar

Nepal Keluarkan Kad Pengenalan Jantina ‘Ketiga’

Diterbitkan: Selasa, 22 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KATMANDU, Nepal: Seorang pegawai berkata, kerajaan Nepal telah mengarahkan pengeluaran sijil kewarganegaraan dengan label jantina ketiga untuk mereka yang tidak mahu dikenali sebagai lelaki atau perempuan.

Para aktivis mengalu-alukan keputusan itu, dengan menyatakan bahawa ia merupakan pencapaian untuk hak gay dan transgender.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri, Bhola Siwakot berkata, arahan itu telah diberi kepada semua pejabat pentadbiran daerah.

Mahkamah Tinggi Nepal mengenakan peraturan pada 2007 bahawa kerajaan perlu mengeluarkan sijil kewarganegaraan dengan jantina ketiga tetapi mengambil masa selama lima tahun untuk melaksanakan keputusan itu.

Sunilbabu Pant dari Persatuan ‘Blue Diamond’ berkata, garis panduan baru yang jelas dan mudah akan menjadikan kehidupan minoriti jantina lebih mudah.

Aktivisi berkata, golongan jantina ketiga tidak dapat peluang pekerjaan atau pasport atau mendaftar di kolej-kolej atau memiliki harta sendiri tanpa sijil kewarganegaraan. - AP

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan