41 Cedera Dalam Pelanggaran Dua Kereta Api

Diterbitkan: Selasa, 22 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dua kereta api komuter yang bertembung antara satu sama lain di Vienna sehingga mengakibatkan berpuluh-puluh cedera. Foto EPA
Dua kereta api komuter yang bertembung antara satu sama lain di Vienna sehingga mengakibatkan berpuluh-puluh cedera. Foto EPA

VIENNA: Dua kereta api komuter yang berlanggar pada waktu pagi di Vienna pada Isnin, mengakibatkan berpuluh-puluh orang cedera termasuk lima dalam keadaan parah, kata perkhidmatan kecemasan.

Dalam satu operasi menyelamat secara besar-besaran yang melibatkan 25 kereta bomba serta helokopter ambulans dan kereta api khas, kebanyakan yang cedera terkena serpihan yang diangkat menggunakan kren khas.

“Dua cedera parah dalam keadaan yang boleh mengancam nyawa, seorang daripada mereka adalah pemandu kereta api.

“Jumlah keseluruhan yang cedera adalah 41 orang,” kata jurucakap perkhidmatan kecemasa, Ronald Packert kepada AFP.

“Perkara yang baik mengenai nahas yang berlaku betul-betul bersebelahan dengan stesen perkhidmatan kecemasan, bermakna pegawai-pegawai kami tiba dalam beberapa saat,” katanya.

Salah seorang yang mengalami cedera parah perlu dikeluarkan daripada serpihan kerana tersepit, kata Packert.

Australia Railways berkata, nahas dikatakan berpunca daripada kegagalan teknikal yang menyebabkan kedua-dua kereta api bergerak ke arah satu sama lain di landasan yang sama.

“Ia merupakan masalah teknikal.” Kata jurucakap bagi syarikat itu, Sarah Nettle kepada AFP.

Hampir dua jam diperlukan untuk memindahkan kedua-dua kereta api yang berlanggar antara satu sama lain di daerah Penzing di barat Vienna. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan