Seluruh India & Dunia Sedang Memerhati Gerak Langkah Rahul Gandhi

Diterbitkan: Isnin, 21 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rahul Gandhi. Foto AFP
Rahul Gandhi. Foto AFP

NEW DELHI: Pada Sabtu lalu, generasi seterusnya kepada dinasti keluarga Nehru iaitu Rahul Gandhi telah diangkat oleh partinya - Parti Kongres India - sebagai naib presiden yang baru.

Pelantikan tersebut telah disambut dengan tangisan air mata tanda kegembiraan oleh sebahagian besar pendokong parti itu kerana terkenangkan mendiang bapanya Rajiv Gandhi yang mati dibunuh ketika masih berkhidmat sebagai perdana menteri.

Kini, bukan sahaja anggota-anggota Parti Kongres yang menanti dengan penuh debar apakah langkah Rahul yang seterusnya malah seluruh India sedang memerhatikan gerak-gerinya bagaikan seorang superstar atau bintang filem yang terkenal.

Rahul telah pun diserahkan baton kuasa untuk membawa Parti Kongres ke era selanjutnya tetapi kemampuan dan pegangan politiknya masih belum lagi teruji.

Namun begitu sebahagian besar pendokong dan peminatnya telah pun menyamakannya dengan aura Barack Obama.

Hakikat bahawa tokoh muda berusia 42 tahun itu bersedia menerima bebanan dan tanggungjawab selaku naib presiden parti memberi indikasi yang jelas bahawa beliau telah bersedia untuk memimpin Parti Kongres sekaligus mengikuti jejak langkah bapanya, neneknya dan moyangnya selaku perdana menteri India.

Moyangnya, Jawaharlal Nehru adalah perdana menteri India yang pertama. Neneknya Indira Gandhi adalah perdana menteri India yang ketiga dan bapanya Rajiv adalah perdana menteri yang keenam.

Ibunya Sonia, di sebalik menyandang jawatan presiden Parti Kongres, tetapi enggan menyandang jawatan perdana menteri.

Jawatan tersebut diserahkan kepada Dr Manmohan Singh yang kini merupakan perdana menteri India yang ke-13.

Sebelum diserahkan jawatan politik terbaru ini Rahul agak keberatan untuk memikul sebarang jawatan politik di peringkat kerajaan walaupun beliau sudah pun menjadi ahli parlimen mewakili kawasan Amethi di Uttar Pradesh sejak 2004.

Lulusan Cambridge dan Harvard itu sebelum ini lebih selesa tidak terikat dengan sebarang protokol dan sering kali dilihat bersantai di restoran-restoran awam di New Delhi.

Tetapi kini nampaknya Rahul sudah bersedia untuk memikul beban politik yang lebih besar.

"Parti Kongres kini adalah nyawa dan kehidupan saya," kata Rahul.

Pilihan raya umum persekutuan hanya akan berlangsung awal tahun depan dan tempoh setahun ini adalah tempoh yang cukup selesa untuk Rahul memimpin parti itu.

Parti Kongres India kini dipimpin oleh ibunya Sonia seorang berbangsa Itali tetapi telah menyerahkan segala kehidupannya kepada India dan juga parti itu sejak kematian suaminya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan