Obama Angkat Sumpah Presiden AS Bagi Penggal Kedua - Berita Dunia | mStar

Obama Angkat Sumpah Presiden AS Bagi Penggal Kedua

Diterbitkan: Isnin, 21 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Obama mengangkat sumpah selaku Presiden Amerika Syarikat bagi penggal kedua pada Isnin.
Obama mengangkat sumpah selaku Presiden Amerika Syarikat bagi penggal kedua pada Isnin.

WASHINGTON: Barack Obama pada Isnin mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk tempoh perkhidmatan penggal keduanya dalam satu upacara ringkas mengulangi kejayaannya empat tahun lalu menguasai Rumah Putih.

“Saya, Barack Hussein Obama, bersumpah...” kata Obama dalam upacara ringkas di Bilik Biru Rumah Putih sambil diiringi isterinya, Michelle.

Sumpah sebagai presiden itu diadakan di hadapan Ketua Hakim Roberts yang membacakan baris ayat sebelum diulangi semula oleh Obama.

Sebaik selesai upacara itu, Obama terus mendakap isteri dan dua anak perempuannya, Malia, 14, dan Sasha, 11.

Upacara angkat sumpah pada Isnin tidak semeriah empat tahun lalu, apabila 1.8 juta penduduk berkumpul di Washington untuk menyaksikan hari bersejarah itu.

Para pegawai menjangkakan kira-kira 500,000 hingga 700,000 orang akan hadir.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan