3.2 Juta Tonton Temubual Armstrong-Oprah - Berita Dunia | mStar

3.2 Juta Tonton Temubual Armstrong-Oprah

Diterbitkan: Ahad, 20 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TETAMU restoran sebuah hotel di Grapevine, Texas, Amerika Syarikat menjamu selera sambil menonton rancangan temubual itu. - Foto AP
TETAMU restoran sebuah hotel di Grapevine, Texas, Amerika Syarikat menjamu selera sambil menonton rancangan temubual itu. - Foto AP

LOS ANGELES: Lebih 3.2 juta menonton rancangan temubual pengakuan pelumba basikal sensasi dunia, Lance Armstrong mengenai pembabitannya dengan dadah dalam rancangan Opray Winfrey.

Ia adalah jumlah penonton terbesar bagi program OWN selepas Oprah mengadakan temubual dengan anggota keluarga mendiang penyanyi Whitney Houston, pada Mac 2012.

Jumlah penonton berkenaan bagaimanapun tidak termasuk dari negara lain atau 1.1 juta penonton yang mengulangi tontonan mereka menerusi laman web Oprah.com sebaik stesen itu menyiarkan temubual yang berlangsung selama 90 minit itu.

Entertainment Weekly pula memberikan rating rancangan itu sebagai 'amat hebat'. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan