Krisis Tebusan: Tebusan Filipina Ceritakan Pengalaman Ngeri Lari Daripada Penculik

Diterbitkan: Sabtu, 19 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mangsa tebusan yang tidak dikenalpasti namanya bercakap kepada media ketika dia dirawat di Hospital Ain Amenas, Algeria. Gambar diambil daripada stesen televisyen tempatan. Agensi berita tempatan melaporkan kira-kira 100 daripada 132 tebusan telah dibebaskan oleh militan Islam yang bersembunyi di loji gas selepas mereka ditahan selama tiga hari. -Foto AP.
Mangsa tebusan yang tidak dikenalpasti namanya bercakap kepada media ketika dia dirawat di Hospital Ain Amenas, Algeria. Gambar diambil daripada stesen televisyen tempatan. Agensi berita tempatan melaporkan kira-kira 100 daripada 132 tebusan telah dibebaskan oleh militan Islam yang bersembunyi di loji gas selepas mereka ditahan selama tiga hari. -Foto AP.

MANILA: Seorang pekerja Filipina yang dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata yang menawan loji gas di Algeria, muncul di kaca televisyen tempatan menceritakan bagaaimana dia berjaya meloloskan diri.

Jojo Balmaceda, pekerja di syarikat gergasi minyak British, BP dan tiga rakan senegaranya ditahan sebaik tiba di tempat kerja, Rabu lalu.

Mereka diikat dan dicampak ke dalam trak bersama tebusan dari Jepun, Malaysia, lapor stesen telvisyen GMA, pada Sabtu.

Balmaceda berjaya menyelamatkan diri apabila trak berkenaan terkena bahan letupan tetapi kepalanya cedera akibat serpihan letupan yang menjejaskan pendengarannya.

"Selepas itu saya lari kerana takut trak itu akan meletup. Selepas itu saya tidak sedarkan diri dan apabila bangun saya dapati sudah berada di hospital," katanya dalam perbualan telefon ringkas itu.

"Saya harap dapat menaiki pesawat untuk balik (ke Filipina) esok," katanya.

GMA berkata, temubual itu dibuat dengan Balmaceda sebelum beliau diterbangkan ke London.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Negara Filipina, Raul Hernandez berkata, semua 34 pekerja Filipina yang diselamatkan dari lapangan gas di Algeria kini dalam perjalanan pulang ke Filipina. - AFP

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan