Jumlah Kematian Akibat Banjir di Jakarta Meningkat Kepada 15 Orang

Diterbitkan: Sabtu, 19 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jumlah kematian ekoran banjir yang melanda ibu kota Jakarta meningkat kepada 15 orang selepas pasukan penyelamat menjumpai empat lagi mayat, kata jurucakap polis pada Sabtu.
Jumlah kematian ekoran banjir yang melanda ibu kota Jakarta meningkat kepada 15 orang selepas pasukan penyelamat menjumpai empat lagi mayat, kata jurucakap polis pada Sabtu.

JAKARTA: Jumlah kematian ekoran banjir yang melanda ibu kota Jakarta meningkat kepada 15 orang selepas pasukan penyelamat menjumpai empat lagi mayat, kata jurucakp polis pada Sabtu selepas banjir surut sepenuhnya.

Jurucakap polis Jakarta, Rikwanto berkata tiga orang hilang di bawa arus pada Jumaat sementara satu lagi mangsa terperangkap sejak Khamis di kawasan tempat letak kereta di kawasan perniagaan dan kesemua mayat ditemui pada pagi Sabtu.

“Setakat ini jumlah kematian yang dicatatkan akibat banjir meningkat kepada 15 orang. Pasukan mencari dan menyelamat sedang berusaha mencari mangsa yang masih hilang, mereka dipercayai terperangkap di kawasan tempat letak kerta dalam bangunan,” katanya kepada AFP.

Beliau menambah pasukan penyelamat pada Jumaat berjaya menyelamatkan dua lelaki yang terperangkap lebih daripada 24 jam selepas air bah naik kira-kira empat meter (13 kaki) di tingkat bawah bangunan berkenaan.

“Seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang kemas ditemui dalam keadaan pada waktu pagi dan seorang juruteknik bangunan berjaya diselamatkan sebelum tengah malam,” katanya.

Bagaimanapun banyak kawasan termasuk pusat perniagaan bandar raya telah pulih daripada banjir selepas hujan berhenti sejak petang Jumaat.

Banjir besar yang melanda Jakarta pada Jumaat menyebabkan 18,000 orang terpaksa berpindah daripada rumah mereka, kata jurucakap agensi pengurusan bencana negara, Sutopo Purwo Nugroho.

“Kami masih lagi mengemaskini jumlah yang terpaksa dipindahkan,” katanya kepada AFP pada Sabtu.

Banjir terburuk yang melanda Jakarta sejak 2007 itu mengorbankan 50 nyawa dan lebih 300,000 penduduk terpaksa dipindahkan.

Malah istana presiden turut tenggelami banjir pada Khamis dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dilihat terpaksa menggulung seluarnya untuk keluar daripada rumah. - AFP

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan