Wartawan & Dua Anggota Polis Ditahan Berhubung Skandal Akhbar The Sun

Diterbitkan: Jumaat, 18 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Polis Metropolitan London telah menahan dua orang pegawai mereka sendiri dan seorang wartawan akhbar The Sun berhubung skandal rasuah demi mendapatkan bahan berita.

Akhbar berkenaan adalah milik taikun media dunia, Rupert Murdoch yang pada Julai 2011 terpaksa menutup sebuah lagi akhbar miliknya, News of The world ekoran skandal pengodaman telefon bimbit selebriti dan ahli politik untuk mendapatkan bahan berita.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Scotland Yard, ketiga-tiga mereka ditahan di kediaman masing-masing awal pagi Khamis dalam satu operasi yang dinamakan 'Operation Elveden'.

Operasi ini turut menyiasat skandal akhbar News of The World.

Wartawan akhbar The Sun yang ditahan itu adalah Anthony France, 39, seorang koresponden meja jenayah.

Beliau adalah wartawan The Sun yang ke-22 yang ditahan sejak inkuari berhubung skandal pengodaman telefon serta pemberian rasuah ke atas kakitangan awam demi untuk mendapatkan bahan berita meletus tahun lalu.

Pemilik The Sun, News International, menyatakan rasa kecewa mereka dengan satu lagi penangkapan ke atas kakitangannya sejak skandal tersebut didedahkan.

Sementara itu, salah seorang pegawai polis yang ditahan adalah dari unit khas yang mengawal keselamatan keluarga diraja Britain.

Pegawai polis yang berusia 47 tahun itu juga turut bertanggungjawab ditugaskan di kawasan-kawasan sensitif seperti lapangan terbang dan juga unit anti-pengganas.

Manakala seorang lagi pegawai polis yang ditahan itu berusia 30 tahun dan merupakan anggota Unit Operasi Jenayah Khas.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan