Tentera Algeria Dikatakan Bebas 70 Tebusan Warga Asing

Diterbitkan: Jumaat, 18 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RABAT: Pasukan tentera Algeria dikatakan telah berjaya membebaskan 650 orang tahanan tebusan termasuk 70 warga asing dalam operasi menyelamat di kilang penapisan gas di bandar padang pasir In Amenas.

Agensi berita tempatan - APS melaporkan, sekurang-kurangnya terdapat 573 orang warga Algeria yang ditahan di dalam kompleks itu manakala 132 orang lagi adalah pekerja warga asing.

Dalam laporannya, APS tidak pula menyatakan berapakah jumlah mangsa yang terkorban ketika operasi menyelamat itu dijalankan.

Terdapat dua orang pekerja warga Malaysia yang ditahan sebagai tebusan dalam kejadian itu dan nasib mereka masih belum diketahui.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan