Perwakilan & Diplomat Asing Masih Kabur Nasib Tebusan Algeria

Diterbitkan: Jumaat, 18 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALGIERS: Perwakilan dan diplomat asing masih lagi menanti dengan penuh debaran untung nasib warga mereka yang dijadikan tebusan di loji penapisan gas In Amenas oleh sekumpulan puak militan, walaupun usaha untuk membebaskan mereka telah dilancarkan oleh pasukan elit tentera Algeria.

Laporan awal menyebut, serangan balas oleh pasukan tentera kerajaan itu telah mengorbankan 34 orang tebusan dan 15 orang anggota puak militan itu.

Bagaimanapun hingga ke saat ini, tiada siapa yang dapat memberi kepastian mengenai mereka yang masih ditawan atau berjaya dibebaskan melainkan beberapa warga negara asing sahaja.

Menteri Komunikasi Algeria Mohamed Said hanya sekadar menyebut sejumlah besar tebusan berjaya diselamatkan namun enggan memberi perincian warga negara mana.

Buat masa ini pihak tentera hanya berjaya menawan kembali berek pekerja kilang penapis gas itu.

Pada Jumaat, beratus pekerja termasuk 41 orang warga asing telah dijadikan tebusan oleh sekumpulan puak militan yang mahu membalas dendam di atas serangan tentera Perancis di Utara Mali yang bersempadan dengan Algeria.

Media Algeria melaporkan hampir 600 pekerja tempatan dan empat pekerja warga asing - dua daripada adalah warga Britain, seorang Perancis dan seorang dari Kenya berjaya dibebaskan dalam operasi pada Khamis malam.

Manakala seorang lagi tebusan dari Ireland Utara Stephen McFaul berjaya melepaskan diri ketika konvoi yang membawanya diserang hendap oleh tentera kerajaan.

Perdana Menteri Britain, David Cameron pula mengesahkan yang seorang warganya telah terkorban dalam serangan tersebut.

Para diplomat negara asing yang rakyat mereka dijadikan tahanan puak militan berkenaan menyatakan bahawa pihak berkuasa Algeria tidak langsung memberi indikasi akan serangan yang bakal mereka lakukan malam tadi.

Selepas serangan tersebut dilancarkan, seorang jurucakap puak militan yang menghubungi agensi berita Mauritania, ANI memaklumkan yang 34 orang tebusan telah terbunuh.

Loji penapisan gas itu dikendalikan oleh gergasi minyak British, BP dengan kerjasama syarikat minyak Norway, Statoil dan Algeria, Sonatrach.

Dalam pada itu sebuah syarikat pembinaan Jepun yang terlibat dengan kerja-kerja di loji berkenaan telah mengesahkan yang tiga daripada 17 kakitangannya terselamat.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan