Dua Maut Helikopter Langgar Kren

Diterbitkan: Khamis, 17 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Dua orang terbunuh manakala 13 lagi cedera apabila sebuah helikopter terhempas selepas merempuh kren di atas bumbung menara kediaman tertinggi di Eropah di sini, Rabu.

Seorang jurucakap polis berkata, dua mangsa yang terbunuh merupakan juruterbang helikopter terbabit dan seorang mangsa yang berada di lokasi kejadian.

Katanya, kesemua 13 mangsa yang cedera telah menerima rawatan kecemasan sebelum dihantar ke hospital terdekat.

Punca sebenar kemalangan itu masih dalam siasatan.

Namun siasatan awal polis mendapati helikopter tersebut cuba mengubah haluan penerbangan sebelum berlanggar dengan kren terbabit.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan