Taiwan Rampas 435 Zakar Anjing Di Rumah Penyembelihan Haram

Diterbitkan: Rabu, 16 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPEI: Pegawai Penyakit Haiwan di Taiwan pada Rabu berkata mereka telah merampas lebih daripada 400 zakar anjing yang telah dikeringkan, testikel dan pelbagai organ-organ dalaman dalam satu serbuan di sebuah rumah penyembelihan haram.

Pusat Kawalan Penyakit Haiwan berkata sejumlah 435 zakar telah ditemui dalam peti sejuk bersama-sama dengan bahagian-bahagian badan yang lain, manakala 12 bangkai anjing segar turut ditemui dalam serbuan di rumah sembelih di barat Yunlin pada Selasa.

Zakar haiwan tersebut dipercayai menjadi bahan dalam wain herba kerana kepercayaan mereka boleh membantu meningkatkan potensi lelaki.

Dua ekor anjing hidup telah diselamatkan semasa serbuan dan pegawai juga menemui beberapa kolar dan beberapa haiwan yang telah mati kata seorang jurucakap.

Pemilik pusat penyembelihan haram itu disyaki menjual daging anjing sebagai makanan, dan mempunyai rekod membunuh haiwan, katanya. -AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan