Dua Terkorban Helikopter Terhempas Di London

Diterbitkan: Rabu, 16 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Polis British berkata dua orang telah terkorban selepas sebuah helikopter terhempas di atas kren yang terletak di atas blok kediaman di tengah-tengah kota London pada Rabu.

"Dua orang telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kami tidak mempunyai maklumat lanjut," kata polis dalam satu kenyataan.

Dua yang lain telah dibawa ke hospital, katanya.

LAPORAN TERDAHULU

LONDON: Sebuah helikopter telah terhempas di tengah-tengah kota London dengan polis mengatakan ia terhempas di atas kren di atas bangunan.

Pasukan Bomba dan polis berada di tempat kejadian yang terletak berhampiran Sungai Thames di Vauxhall di mana kepulan asap besar marak ke langit.

Paul Ferguson, yang bekerja di pejabat berhampiran kejadian itu memberitahu BBC News: "Terdapat cahaya seperti kilat dan helikopter menjunam ke bawah. Ia meletup dan anda boleh bayangkan asap yang keluar."

Saksi-saksi menyiarkan gambar bangkai yang terbakar di laman rangkaian sosial.

Laporan awal yang belum disahkan berkata terdapat seorang di atas helikopter iaitu juruterbang.

Polis Metropolitan London berkata helikopter itu bukan merupakan salah satu pesawatnya.

"Kami mendapat panggilan kira-kira pukul 8.00 pagi ini dan kita sedang berdepan dengan insiden ini," kata jurucakap polis.

Kemalangan menyebabkan kesesakan di jalan raya. -AFP

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan