Beijing Dahului Senarai Jutawan China - Berita Dunia | mStar

Beijing Dahului Senarai Jutawan China

Diterbitkan: Rabu, 16 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Sebanyak lebih 100,000 isi rumah nilai bersih tinggi dicatatkan di Beijing pada 2012, menurut Laporan Kekayaan 2012 China.

Laporan itu, diterbitkan bersama oleh Boston Consulting Group dan China Construction Bank, menunjukkan bahawa antara 10,000 keluarga di Beijing, 200 daripadanya adalah keluarga nilai bersih tinggi.

Keputusan kajian itu, berdasarkan 1912 temu bual dengan keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya 6 bilion yuan (US$950,000), menunjukkan Beijing, Jiangsu, Shanghai, Zhejiang dan Guangdong mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 keluarga jutawan pada 2012, mewakili 40 peratus daripada keluarga jutawan di seluruh negara.

China Daily melaporkan bilangan keluarga jutawan di Anhui, Gansu dan Hunan naik 30 peratus tahun ke tahun pada 2012, tetapi pertumbuhan isi rumah jutawan di Guangdong dan Zhejiang susut 10 peratus pada tahun yang sama.

Menurut laporan itu, mereka yang bernilai sekurang-kurangnya US$1 juta disenaraikan sebagai istiqamah nilai bersih tinggi China. Laporan itu berkata bilangan isi rumah bernilai bersih tinggi di negara itu meningkat 17 peratus kepada 1.74 juta pada 2012. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan