Parlimen Singapura Catat Sejarah Lulus Pelantikan Halimah Yacob Sebagai Speaker Wanita Yang Pertama

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Parlimen Singapura mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila ia secara rasmi meluluskan pelantikan Halimah Yacob - seorang bekas anggota kabinet - sebagai speaker wanita yang pertama.

Halimah, 58, dilantik mengantikan Michael Palmer, 44, yang melepaskan jawatan tersebut hujung tahun lalu apabila skandal perhubungan luar nikahnya diketahui umum.

Halimah adalah seorang berketurunan Melayu dan Islam serta bertudung merupakan bekas anggota jemaah menteri kabinet kerajaan Singapura.

Beliau adalah lulusan undang-undang dan pejuang kesatuan sekerja yang disegani dan dihormati ramai.

Halimah juga seorang aktivis sosial yang memperjuangkan isu-isu kebajikan dan pembangunan komuniti di republik itu.

Pada pembukaan sidang parlimen, Isnin, beliau menjadi calon tunggal yang dikemukakan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk jawatan speaker.

PAP menguasai 81 daripada 87 kerusi parlimen.

Sementara itu satu pilihan raya kecil akan diadakan pada 26 Januari ini bagi memilih penganti Palmer yang turut melepaskan kerusi parlimen yang diwakilinya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan