Lance Armstrong Akui Ambil Dadah

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lance Armstrong
Lance Armstrong

AUSTIN:Pelumba basikal, Lance Armstrong mengaku mengambil dadah untuk memenangi Tour de France.

Armstrong dilaporkan membuat pengakuan terbuka dalam rancangan temu bual Oprah Winfrey.

Pengakuan itu didedahkan seorang yang mengetahui sesi temu bual berkenaan yang bakal disiarkan pada Khamis ini.

Kejuaraan Armstrong dalam tujuh kejohanan berprestij Tour de France itu ditarik balik, tahun lalu selepas Agensi Anti Dadah Amerika Syarikat USADA mendapati pelumba itu mengambil dadah terlarang. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan