Switzerland Fail Petisyen ICC Ambil Tindakan Ke Atas Syria - Berita Dunia | mStar

Switzerland Fail Petisyen ICC Ambil Tindakan Ke Atas Syria

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GENEVA: Switzerland akan memfailkan satu petisyen yang ditandatangani oleh 52 negara bagi mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) membuka kes jenayah perang ke atas Syria, Isnin ini.

Menteri Luarnya, Didier Burkhalter berkata, jenayah perang yang serius sedang dilakukan di Syria.

Oleh itu katanya, tindakan perlu diambil bagi memastikan mereka tidak terlepas daripada undang-undang.

"Kami sedang mengemukakan cadangan, kini ia terpulang kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membuat keputusan," katanya sambil menambah, kini terpulang kepada pertubuhan itu sama ada untuk menyekat atau meneruskan permintaan tersebut. - AFP

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan