Rusia Umum Pelan AS$70 Bilion Ganti Roket Angkasa Lepas Soyuz

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Agensi Angkasa Lepas Rusia mengumumkan pelan mega bernilai AS$70 bilion untuk mengantikan roket angkasa lepas Soyuz menjelang tahun 2020.

Projek mega itu diumumkan menerusi laman web rasmi Agensi Angkasa Lepas Rusia - Roscosmos - termasuk hasrat untuk menghantar misi tanpa angkawasan ke bulan dan juga menerokai angkasa di luar Galaksi Bima Sakti.

Roket angkasa lepas Soyuz - telah menjadi tulang belakang misi angkasa lepas negara itu sejak di era 1960an lagi.

Dan sejak Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) berada di orbit kekal pada tahun 1998, roket Soyuz dan kapsulnya yang membawa angkawasan telah menjadi pesawat utama untuk berulang alik ke stesen berkenaan.

Malah sejak Agensi Angkasa Lepas Amerika (Nasa) menghentikan perkhidmatan kapal angkasa ulang-alik (space shuttle) ke ISS, Soyuz menjadi satu-satunya pesawat di dunia yang menghubungkan bumi dengan stesen berkenaan.

Di bawah pelan mega terbaru itu, Roscosmos mensasarkan ujian pertama ke atas pesawat generasi baru akan dilancarkan pada 2018.

Roscosmos menyatakan bajet berjumlah AS$70 bilion itu akan diterima menerusi dana kerajaan dan juga sektor swasta yang berminat dengan eksplorasi angkasa lepas.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan