Rasuah Seks Dimasukkan Dalam Undang-Undang Anti Rasuah Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Cadangan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia untuk memasukkan rasuah seks dalam undang-undang antirasuah mendapat sokongan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan Indonesia Mahfud MD.

Beliau berkata cadangan itu bagaimanapun perlu dibincangkan lebih lanjut supaya dapat mengelakkan komplikasi yang mungkin timbul daripada undang-undang.

"Penentuan perbuatan jenayah ini adalah sukar. Penalti bagi (seksual)laku itu ringan. Sementara perbuatan rasuah memerlukan rasuah untuk datang dalam bentuk material. Jadi, di manakah kedudukan kesalahan rasuah seksual ini? Ini perlu dibincangkan dengan lebih lanjut," kata Mahfud dipetik sebagai berkata dalam sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris 'The Jakarta Globe', pada Isnin.

Mengakui bahawa amalan ini telah lama berlaku di Indonesia, Mahfud bersetuju bahawa penawaran pelacur atau khidmat seks kepada pegawai awam adalah satu bentuk ganjaran yang dalam beberapa kes katanya boleh menjadi lebih besar daripada menggunakan wang sogokan.

Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan itu berkata beliau menerima laporan bahawa ahli perniagaan dan politik mengupah perempuan simpanan dan pelacur sebagai pelobi bagi meyakinkan pembuat dasar dan pegawai awam untuk menyokong agenda mereka.

Selasa lalu, Timbalan Pengerusi KPK Adnan Pandupraja mencadangkan supaya rasuah seks dimasukkan dalam undang-undang antirasuah kerana pada masa kini tiada apa yang boleh dilakukan bagi mencegah amalan itu daripada berlaku, meskipun masalah tawaran seks diketahui wujud.

"Undang-undang mengukur rasuah dalam bentuk rupiah. Jika kita boleh menukar rasuah seks dalam bentuk jumlah rupiah, ia akan menjadi menarik, tetapi malangnya tidak terdapat sebarang peraturan mengenai perkara ini," kata Adnan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan