Budak 13 Tahun Pandu Kereta Mercedes Bapa - Berita Dunia | mStar

Budak 13 Tahun Pandu Kereta Mercedes Bapa

Diterbitkan: Sabtu, 12 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROME: Seorang budak lelaki 13 tahun melarikan diri daripada ibu bapa angkatnya di Itali, menggunakan kereta jenes Mercedes Benz milik bapanya dan memandu 1,000 km ke arah Poland sebelum berhenti di Jerman.

Budak peminat sukan go-kart itu berjaya sampai ke tol lebuh raya dan menyeberangi dua sempadan antarabangsa pemanduan selama dua hari di seluruh utara Itali, Austria dan separuh daripada Jerman.

"Dia kelihatan seperti 16 tahun, tetapi berjaya untuk menyeberangi dua sempadan.

"Ia luar biasa," kata Ketua Polis Carabinieri Eleonora Spadati, Montebelluna di timur laut Itali di mana tempat kanak-kanak itu berjaya dikesan.

Spadati berkata budak itu mahu ke Poland kerana ingin berjumpa kakak kandungnya.- AFP

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan