Salji Tebal Menyelimuti Baitulmuqadis

Diterbitkan: Jumaat, 11 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAITULMUQADIS: Bandar suci tiga agama ini telah dilitupi salji tebal sejak malam Rabu sekaligus mengubah wajah lanskapnya bagaikan sebuah bandar peranginan musim sejuk.

Suhu dingin dan hujan sejak beberapa hari lalu yang melanda Timur Tengah telah menukar suasana kepada salji menjadikan bandar suci ini putih melepak.

Sekurang-kurangnya salji setebal 10 sentimeter (empat inci) telah menutupi bandar ini yang terletak 800 meter dari paras laut.

Kebanyakkan sekolah terpaksa ditutup sepanjang hari Khamis dengan beribu kanak-kanak keluar bermain salji dengan memakai baju dan jaket tebal.

Salji bukanlah sesuatu yang lazim di Timur Tengah tetapi kadang kala berlaku apabila angin sejuk bertembung dengan hujan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan