Pelajar Sekolah Ditembak Di Los Angeles

Diterbitkan: Jumaat, 11 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan paramedik membawa pelajar yang cedera dalam kejadian tembakan di sekolah tinggi San Joaquin Valley di Taft, California. Pihak berkuasa Calif berkata seorang pelajar ditembak manakala seorang lagi cedera selain seorang pelajar lain telah ditahan dalam insiden itu. -foto AP
Kumpulan paramedik membawa pelajar yang cedera dalam kejadian tembakan di sekolah tinggi San Joaquin Valley di Taft, California. Pihak berkuasa Calif berkata seorang pelajar ditembak manakala seorang lagi cedera selain seorang pelajar lain telah ditahan dalam insiden itu. -foto AP

LOS ANGELES: Seorang pelajar parah selepas ditembak di sekolah tinggi California manakala seorang pelajar lagi berada dalam tahanan, kata jurucakap Jabatan Polis Wilayah Kern, Ray Pruitt.

Mangsa dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter selepas ditembak di bangunan sains di Sekolah Tinggi Kesatuan Taft, utara Los Angeles.

Berdasarkan laporan awal, terdapat dua pelajar yang menjadi mangsa tembakan.

“Seorang pelajar ditembak di kampus. Pelajar itu dihantar ke hospital menerusi udara. Kami sudah menahan suspek yang juga seorang pelajar,” kata Pruitt.

Katanya, keadaan mangsa masih belum dapat dipastikan.

“Terdapat laporan awal mengatakan kita mungkin mempunyai mangsa kedua, tetapi ia tidak kelihatan ketika operasi mencari dilakukan. Kami masih dalam misi mencari mangsa dan mengawal sudah mengarahkan anggota polis untuk mengawal di sekolah berkenaan,” katanya.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 9.00 malam dan suspek ditahan selepas 20 minit kejadian itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan