Tiga Aktivis Wanita Kurdish Dibunuh Dengan Kejam

Diterbitkan: Khamis, 10 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Tiga wanita Kurdish - salah seorang daripadanya dikatakan pengasas pertubuhan Kurdish yang diharamkan oleh Turki - Kurdistan Worker's Party (PKK) - telah ditemui mati dibunuh dengan kejam di dalam pejabat Pusat Penerangan Kurdish di sini.

Dua daripada mereka mati ditembak di leher manakala seorang lagi di kepala dari jarak dekat.

Kementerian Dalam Negeri Perancis dengan segera mengkategorikan kejadian itu sebagai satu pembunuhan terancang.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Manuel Valls turut melawat tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Tiga orang wanita dari keturunan Kurdish telah ditembak dan dibunuh yang tanpa ragu-ragu lagi merupakan pembunuhan terancang. Ini adalah satu insiden yang sangat serius...sebab itulah saya berada di sini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Pasukan Khas Anti-Pengganas Perancis telah mengambil alih kes ini.

Beratus bangsa Kurdish telah berhimpun di pusat berkenaan selepas berita mengenai pembunuhan itu tersebar luas.

Dan mereka melaung-laungkan sokongan ke atas PKK.

Pembunuhan itu berlaku hanya beberapa hari selepas Kerajaan Turki dan pemimpin PKK yang dipenjarakan, Abdullah Ocalan dilaporkan telah bersetuju untuk duduk semeja berunding mengenai halatuju perdamaian setelah persengketaan selama tiga dekad itu menyaksikan 45,000 nyawa terkorban di antara kedua-dua belah pihak.

Turki dan sebahagian besar negara-negara Eropah melabelkan PKK sebagai sebuah pertubuhan pengganas.

PKK menuntut kuasa autonomi daripada Turki untuk memerintah wilayah mereka sendiri di Timur Turki yang ditentang tanpa kompromi oleh kerajaan negara itu.

Dan salah seorang yang ditemui mati dibunuh di Pusat Penerangan Kurdish itu dikenali sebagai Sakine Cansiz iaitu salah seorang pengasas PKK.

Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Fidan Dogan, 32, seorang kakitangan pusat tersebut yang juga wakil Kongres Kebangsaan Kurdistan di Paris.

Mangsa ketiga dikenali dengan nama Leyla Soylemez, seorang aktivis Kurdish.

Pengarah pusat itu, Leon Edart berkata, ketiga-tiga mereka dilihat buat kali terakhir tengah hari Rabu di tingkat satu bangunan berkenaan.

Rakan-rakan yang gagal menghubungi ketiga-tiga mereka kemudiannya telah pergi mencari di pusat berkenaan pada jam 1 pagi Khamis dan menemui kesan titisan darah di atas lantai yang membawa kepada penemuan mayat-mayat mereka.

Terdapat sekurang-kurangnya 150,000 bangsa Kurdish menetap sebagai pelarian atau suaka politik di Perancis - kebanyakkan berasal dari Turki.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan pada September tahun lalu menuduh Perancis dan Jerman sebagai penghalang besar kepada usaha negaranya untuk memerangi PKK.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, kerajaan pimpinan Erdogan telah mengadakan rundingan secara sulit dengan Abdullah Ocalan yang dipenjarakan di Pulau Imrali yang terletak di selatan Istanbul.

Pemimpin PKK itu dipenjarakan di pulau berkenaan sejak 1999.

Di bawah pelan damai itu, kerajaan Turki dikatakan bersetuju untuk memberikan kuasa wilayah autonomi dan hak yang lebih luas kepada 15 juta bangsa Kurdish yang membentuk sebahagian daripada 75 juta warga negara itu.

PKK juga menuntut agar bangsa Kurdish disebut di dalam perlembagaan Turki sebagai sebahagian daripada warga negara yang diiktiraf.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan