Sekolah Bertaraf Antarabangsa Di Indonesia Tidak Sah

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Projek Sekolah Perintis Bertaraf Antarabangsa (RSBI) dan Sekolah Bertaraf Antarabangsa (SBI) yang diwujudkan oleh kerajaan Indonesia di beberapa tempat dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di negara itu, diputuskan sebagai tidak berpelembagaan oleh Mahkamah Konstitusi Indonesia.

Dalam keputusannya pada Selasa, mahkamah itu berpendapat RSBI dan SBI tidak sah kerana tidak menyediakan akses yang adil kepada masyarakat untuk mendapatkan pendidikan berkualiti.

Mahkamah juga berpendapat penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar wajib elanggar undang-undang selain cenderung menghilangkan jatidiri bangsa Indonesia yang berbahasa Indonesia.

Keputusan itu disepakati lapan daripada sembilan hakim, dengan hanya seorang hakim memberi pendapat berbeza.

Ketua Mahkamah Konstitusi Mahfud MD ketika membacakan keputusan itu berkata mahkamah melihat bahawa kerajaan memberi layanan berbeza antara sekolah RSBI/SBI dan sekolah awam biasa, dari segi penyediaan prasarana mahupun peruntukan dana.

Kebenaran yang diberi kepada sekolah RSBI/SBI memungut yuran lebih mahal pula dilihat sebagai menunjukkan bahawa sekolah-sekolah itu hanya boleh dinikmati oleh keluarga kaya sahaja, katanya.

Hakim Achmad Sodiki yang berbeza pendapat menyatakan bahawa pendidikan berkualiti mengikut model sekolah RSBI/SBI merupakan idaman ibu bapa untuk memberi pendidikan bermutu kepada anak-anak dan kelemahan-kelemahan RSBI/SBI dapat diperbaiki tanpa membatalkan usaha yang dijalankan berdasarkan model itu.

Sekumpulan masyarakat terdiri daripada ibu bapa pelajar yang bersekolah di RSBI, aktivis pendidikan, guru, pensyarah dan pertubuhan bukan kerajaan telah membuat permohonan kepada Mahkamah Konstitusi untuk kajian semula kehakiman terhadap Undang-undang Pendidikan yang memperuntukkan penubuhan RSBI dan SBI.

Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia Mohammad Nuh dalam reaksinya berkata beliau menghormati keputusan Mahkamah Konstitusi itu dan menegaskan bahawa semangat untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Indonesia akan diteruskan walaupun tanpa melalui model sekolah RSBI/SBI. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan