Kate Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-31

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kate disahkan mengandung bulan lalu.
Kate disahkan mengandung bulan lalu.

LONDON: Isteri kepada Putera William, Catherine menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-31 pada Rabu, tetapi beliau yang kini sedang mengandung akan meraikan ia dalam suasana serba sederhana.

St James Palace berkata, Duchess of Cambridge itu akan mengadakan majlis hari lahirnya secara peribadi.

Difahamkan beliau mahu bersama dengan suaminya di kediaman mereka di utara Wales.

Kate mengalami hyperemesis gravidarum atau alahan yang teruk sehingga menyebabkan beliau terpaksa dimasukkan ke hospital pada 3 Disember lalu.

Atas faktor kesihatan, makanan berminyak dan daging terpaksa dielakkan dalam menu majlis itu nanti.

Kate muncul di khalayak ramai selepas keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan apabila menyerahkan trofi kepada pelumba basikal Bradley Wiggins pada majlis Anugerah Personaliti Sukan BBC 2012 di London pada 16 Disember lalu.

Bayi berkenaan bakal dinobatkan sebagai pewaris takhta ketiga Britain selepas Putera Charles dan William, tidak kira jantina berikutan pindaan kerajaan terhadap undang-undang pewaris takhta yang sebelum ini memberi kelebihan kepada anak lelaki.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan