Gempa Sederhana Gegar Sempadan Myanmar-India - Berita Dunia | mStar

Gempa Sederhana Gegar Sempadan Myanmar-India

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YANGON: Gempa sederhana bermagnitud 5.9 melanda wilayah sempadan India-Myanmar awal pagi Rabu, demikian menurut Agnesi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi melanda pada kedalaman 75 kilometer, dengan pusat gempa kira-kira 90 kilometer dari Kohima, ibu negara Nagaland di timur laut India.

Tiada sebarang kerosakan atau kecederaan dilaporkan. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan