CFA Institute Lancar Sijil Baru Bagi Industri Perkhidmatan Kewangan - Berita Dunia | mStar

CFA Institute Lancar Sijil Baru Bagi Industri Perkhidmatan Kewangan

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: CFA Institute, persatuan global bagi profesional dan pentadbir pelaburan CFA Programme pada Rabu mengumumkan pelancaran Sijil Pelaburan Claritas (Claritas).

Standard pendidikan antarabangsa baru ini bagi industri perkhidmatan kewangan akan dibuka untuk pendaftaran global pada Mei 2013.

CFA dalam satu kenyataan berkata Claritas disasarkan kepada pelbagai golongan dalam industri perkhidmatan kewangan yang bekerja bersama-sama dengan mereka yang berada dalam industri pelaburan.

Ketika ini 68 organisasi dan lebih 3,000 calon mengambil bahagian dalam program perintis.

Organisasi ini menyokong pembangunan program tumpuan industri dan termasuk pengurus aset, industri kewangan, media dan kumpulan pakar perunding.

Peserta juga terdiri dari pelbagai negara termasuk Singapura, Australia, Kanada, China, Denmark, Jerman, Hong Kong, India, Ireland, Pakistan, Afrika Selatan, Korea Selatan, Switzerland, UAE, UK, Uruguay da AS.

Peperiksaan perintis pertama dijadualkan pada lewat Mac.

CFA Institute melancarkan Claritas, sebahagiannya untuk membantu menangani isu-isu amanah dan integriti.

Ia akan menyediakan tahap pendidikan asas yang bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan dan pemahaman mengenai industri pelaburan bagi banyak disiplin profesional dalam perkhidmatan kewangan.

Ini termasuk perundingan, pematuhan, pemasaran dan jualan, undang-undang, sumber manusia, teknologi maklumat dan operasi. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan