Anak Orang Utan Mati Dalam Kandang Zoo Di Melbourne

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Seekor orang utan Sumatera di Zoo Adelaide melahirkan anak yang mati semasa masih di dalam kandungan.

Kenyataan zoo itu pada Rabu menyebut bahawa kematian bayi merupakan kesudahan yang menyedihkan bagi proses kehamilan dan petunjuk awal membayangkan bahawa bayi orang utan bernama Karta itu mati disebabkan tali pusat yang membelit lehernya.

"Serupa dengan manusia, komplikasi semasa kelahiran bukanlah luar biasa bagi beruk besar," kata ahli veterinar di zoo itu, Dr Jenny McLelland seperti yang dilaporkan Australian Associated Press (AAP).

"Bagaimanapun, tidak seperti kelahiran manusia, peluang bagi campur tangan perubatan agak kurang.

"Nampaknya kemungkinan besar tali pusat itu terbelit di leher bayi semasa di dalam utero sebelum kelahiran, yang menghalang aliran darah ke otak atau menyekat pernafasan semasa kelahiran," katanya.

Menurut penjaga zoo, Karta dan pasangannya, Kluet, menghadapi kematian itu dengan baik dan akan diberi masa serta ruang untuk meratapi kehilangan bayi mereka.

"Tumpuan kami sekarang adalah untuk memastikan bahawa Karta mendapat sokongan yang diperlukan untuk membantunya melalui proses ini dan memastikan dia berasa selesa dan selamat," kata Dr McLelland.

Dalam beberapa hari akan datang, pasukan veterinar akan melakukan nekropsi ke atas bayi orang utan itu untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

Pameran orang utan di zoo itu akan ditutup sehingga dimaklumkan kelak.

Orang utan Sumatera diklasifikasi sebagai spesies haiwan di hutan yang sangat terancam, dengan hanya tinggal kira-kira 6,300 ekor, kata AAP.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan