ShoreTel Rancang Tingkatkan Permintaan, Pengguna Di Asia

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: ShoreTel, penyedia terkemuka platform komunikasi disatukan (UC) termasuk sistem telefon perniagaan, aplikasi dan rumusan UC mudah alih pada Selasa mengumumkan yang ia akan memberikan lebih fokus kepada Singapura berbanding sebelumnya.

Dengan Singapura bertindak sebagai ibu pejabat Asia, ShoreTel merancang menambah permintaan pengguna di Malaysia, Filipina, India dan Indonesia.

Bruce Downing, Pengarah Urusan dalam satu kenyataan berkata Asia dan Afrika Selatan untuk ShoreTel berkata penggunaan rumusan UC kian pesat berkembang di Singapura dan rantau ini dengan teknologinya dikenal pasti sebagai fasilitator utama bagi menggubal sebarang keputusan dengan pantas dalam lingkungan perniagaan.

Seiring dengan pengiktirafan daripada pengguna dan syarikat tempatan termasuk pengendali pengembaraan Singapura, Chan Brothers Travel, ShoreTel telah bersedia untuk mengukuhkan lagi jenamanya di Asia dan membantu lebih banyak perniagaan kecil dan besar, meningkatkan kecekapan tenaga kerjanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan