Obama Namakan Calon Setiausaha Pertahanan & Pengarah CIA Yang Baru

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chuck Hagel
Chuck Hagel

WASHINGTON: Presiden Barack Obama secara rasminya telah menamakan bekas senator dari Parti Republikan, Chuck Hagel sebagai calon bagi jawatan setiausaha pertahanan (menteri pertahanan) Amerika yang baru.

Dalam sistem pentadbiran Amerika, presiden perlu terlebih dahulu menamakan calon untuk sebarang jawatan dalam kabinet dan ia perlu memperolehi pengesahan daripada jawatankuasa senat sebelum boleh dilantik ke jawatan yang disyorkan.

Jika pencalonan itu gagal, presiden perlu menamakan calon baru.

Walaupun Hagel, 66, merupakan calon dari Parti Republikan (Obama adalah presiden dari Parti Demokrat), tetapi beliau dijangka menerima tentangan hebat daripada senator-senator dari partinya sendiri kerana dilihat sebagai seorang yang terlalu 'keras' terhadap Israel dan 'berlembut' dengan musuh tradisi iaitu Iran.

Parti Republikan yang pernah diketuai oleh George Bush dilihat sebagai pro-Israel manakala Demokrat lebih bersikap tidak memihak malah dalam banyak keadaan lebih bersimpati kepada Arab.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Obama turut menamakan penasihat anti-pengganas White House, John Brennan sebagai pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang baru bagi mengantikan Jeneral (B) David Petraeus yang terpaksa melepaskan jawatannya November tahun lalu kerana skandal perhubungan intim dengan penulis biografinya, Paula Broadwell.

Dalam kenyataan rasminya, Obama turut memuji perkhidmatan yang diberikan oleh bekas Setiausaha Pertahanan yang lalu, iaitu Leon Panetta yang enggan menyambung semula tugas dalam penggal baru selama empat tahun lagi kerana keletihan.

Beliau menyifatkan dua orang calon barunya iaitu Hagel dan Brennan sebagai berwibawa dalam dunia pertahanan dan perisikan dan menyeru Senat supaya melancarkan pemilihan mereka tanpa sebarang masalah.

"Chuck Hagel merupakan pemimpin yang berkualiti yang diperlukan oleh pasukan pertahanan negara ini. Beliau adalah seorang patriot Amerika yang sejati yang pernah berkhidmat dalam Perang Vietnam dan berpengalaman bukan sahaja sebagai seorang senator tetapi juga seorang bekas tentera yang pernah menerima pingat tertinggi iaitu Purple Heart di atas keberaniannya," tegas Obama.

Hagel adalah bekas sarjan dalam perang Vietnam.

Bagaimanapun ketika berkhidmat sebagai senator Parti Republikan, Hagel merupakan seorang pengkritik kuat Presiden Bush kerana dasar ketenteraannya di Iraq.

Hagel, juga tidak dilihat sebagai pro-Israel kerana beliau tidak suka dengan pelobi Yahudi yang sentiasa memainkan peranan besar dalam mencorak dasar luar dan ketenteraan Amerika.

Obama juga berharap dengan pelantikan Hagel, satu sejarah baru akan tercipta untuk Amerika.

"Beliau akan mencatat sejarah sebagai orang pertama dari kalangan anggota tentera bukan pegawai yang akan berkhidmat sebagai setiausaha pertahanan Amerika. Juga sebagai salah seorang daripada segelintir setiausaha yang pernah mengalami kecederaan di medan pertempuran dan yang paling bersejarah ialah sebagai setiausaha pertahanan yang pertama yang pernah berkhidmat di Vietnam sebagai anggota tentera," kata Obama.

Sementara Brennan, 57, pula bukanlah satu wajah asing dalam CIA yang mana beliau berpengalaman berkhidmat selama 25 tahun bersama agensi perisikan itu.

Pelantikannya dianggap penting kerana kebolehannya berbahasa Arab dengan lancar dan merupakan seorang pakar dalam hal ehwal Timur Tengah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan