Lahirkan Bayi Dalam Pesawat, Pengalaman Kedua Harmina Bersalin Dalam Pengangkutan Awam

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Melahirkan anak dalam pengangkutan awam bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi Harmina yang bersalin anak ketiganya tidak cukup bulan dalam sebuah pesawat semasa penerbangan dari Timika, di Papua ke Makassar di Sulawesi Selatan Ahad lepas.

Takdir menentukan bahawa ibu berusia 33 tahun itu harus melalui masa yang mendebarkan itu untuk kali keduanya pada Ahad malam dalam sebuah pengangkutan udara di kerusi nombor 24A penerbangan MZ845 milik syarikat penerbangan Merpati Nusantara, di ketinggian 32,000 kaki di angkasa.

Kelahiran bayi perempuan itu pada pukul 6.40 malam itu, dibidani empat pramugari yang dibantu seorang kru lelaki dan seorang mahasiswi diploma kejururawatan serta iringan doa 158 penumpang dalam pesawat itu.

Mengenang peristiwa yang mencemaskan itu, suami Harmina, Rudi Hamja, 35, bersetuju dengan cadangan anak-anak kapal Merpati Nusantara supaya menamakan bayinya Annisa Laila Juwita Sari Merpati, sempena nama empat pramugari dan nama syarikat penerbangan itu, akhbar harian Kompas melaporkan pada Selasa.

Sembilan tahun lalu Harmina melahirkan seorang bayi lelaki, anak keduanya dalam angkutan kota (van penumpang kawasan perbandaran) di daerah Maros, di Sulawesi Selatan, ketika dalam perjalanan ke hospital.

Rudi dan Harmina yang berasal dari Bantimurung, Maros, Sulawesi Selatan, merantau di Timika, Papua sejak tahun 2004 bagi memulakan penghidupan baru dalam perniagaan di sana dan setelah tiga tahun tidak pulang kampung, Rudi ingin supaya isterinya melahirkan anak ketiganya itu di Maros.

Usia kandungan anak ketiganya itu baru tujuh bulan dan dia telah mendapat surat kebenaran dari doktor untuk menaiki pesawat untuk pulang kampung namun Harmina mula berasa sakit untuk bersalin setelah 15 minit pesawat itu berlepas.

Juruterbang penerbangan itu Kapten Firman Hutapea berkata dia tidak dapat berpatah balik ke lapangan terbang Timika kerana lapangan terbang itu telahpun tutup pada waktu itu.

Firman, yang bersyukur dengan keadaan cuaca yang baik sepanjang peristiwa itu, berkata beliau pernah mengalami kejadian serupa pada 1989.

Dalam kejadian 23 tahun yang lalu itu, seorang ibu melahirkan bayi lelaki dalam pesawat Casa yang sedang diterbangkannya dari Kendari di Sulawesi Tenggara ke Makassar, di Sulawesi Selatan.

Kejadian itu bagaimanapun berbeza sedikit kerana waktu itu pesawat sudah bersedia untuk mendarat pada ketinggian 5,000 kaki tetapi kerana bimbang pendaratan akan menyebabkan gegaran, beliau terbang berlegar selama 30 minit sehingga bayi itu dilahirkan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan