Obama Akan Calonkan Chuck Hagel Sebagai Setiausaha Pertahanan Baru

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chuck Hagel. Foto AP
Chuck Hagel. Foto AP

WASHINGTON: Presiden Barack Obama akan mencalonkan Chuck Hagel sebagai setiausaha pertahanannya yang baru.

Yang paling menarik ialah Hagel merupakan bekas senator dari Parti Republikan dan bukannya Demokrat yang diwakili Obama.

Obama telah mebuat keputusan untuk mencalonkan veteran berusia 66 tahun itu sebagai penganti Leon Panetta di Pentagon.

Obama juga dijangka akan turut menamakan calonnya untuk jawatan pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) bagi mengantikan Jeneral (B) David Petraeus yang terpaksa melepaskan jawatannya selepas didapati terlibat dalam isu perhubungan di luar perkahwinan dengan penulis buku biografinya.

Pemangku Pengarah CIA, Michael Morell dan penasihat keselamatan, John Brennan dilihat sebagai calon popular untuk jawatan sensitif itu.

Sementara itu, terdapat khabar angin yang mengatakan wakil-wakil Parti Republikan sendiri tidak akan menyokong pelantikan Hagel memandangkan beliau dilihat sebagai seorang yang tidak pro-Israel dan juga seorang yang naif tentang Iran.

Di dalam sistem pentadbiran Amerika, setiap pencalonan untuk jawatan kabinet yang dibuat oleh presiden mestilah mendapat sokongan daripada jawatankuasa senat.

Jika tidak presiden perlu menamakan calon lain.

Hagel juga dikatakan lebih cenderung untuk duduk di meja rundingan dengan Iran daripada mengambil pendekatan yang bermusuh.

Malah Hagel juga seorang yang sering mendesak Israel supaya duduk berbincang secara langsung dengan Hamas iaitu pertubuhan Palestin yang dianggap sebagai pro pengganas di Timur Tengah.

Hagel adalah bekas anggota veteran perang Vietnam.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan