Empat Warga China Ditahan Di Indonesia Seludup Spesies Terancam

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Empat warga China ditahan di Indonesia kerana didakwa cuba menyeludup paruh burung enggang dan kulit sisik tenggiling yang digunakan untuk dijadikan bahan perubatan.

Pegawai Kementerian Perhutanan, Novianto Bambang berkata, kesemua lelaki berkenaan ditahan pada Jumaat dengan 248 paruh burung enggan dan 189 kulit sisik tenggiling di dalam bagasi mereka di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta.

Kedua-dua haiwan itu disenaraikan sebagai spesies terancam.

Beliau pada Isnin berkata, keempat-empat mereka merupakan sebahagian daripada sindiket penyeludupan antarabangsa dan mereka membeli haiwan itu daripada pencuri tempatan di Pulau Borneo di negara itu.

Permintaan terhadap haiwan spesies terancam dalam perubatan tradisional Cina meningkat menyebabkan banyak kecurian berlaku di Asia dan Afrika.

Indonesia merupakan habitat bagi 14 daripada 57 spesies burung enggang, di mana kepupusan haiwan itu disebabkan oleh aktiviti pembalakan dan kecurian. - AP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan