Pelakon Perancis Depardieu Terima Pasport Rusia

Diterbitkan: Ahad, 6 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Pelakon Perancis, Gerard Depardieu menerima pasport Rusia selepas terbang ke Rusia untuk menikmati hidangan lewat malam bersama Presiden negara itu, Vladimir Putin.

Depardieu memohon kewarganeraan Rusia sebagai sebahagian daripada bantahannya terhadap cadangan cukai terhadap jutawan di Perancis, dan Putin menunaikan permintaannya pada minggu lepas.

Stesen televisyen Rusia menyiarkan Putin beramah mesra dengan pelakon apabila dia tiba pada lewat Sabtu di kediaman presiden itu di bandar Sochi.

Kedua-dua lelaki itu kelihatan mengadakan perbualan semasa hidangan lewat malam, antara lain membincangkan mengenai sebuah filem yang bakal ditayangkan di mana Depardieu memainkan watak sebagai seorang paderi Rusia, Grigory Rasputin.

Jurucakap Putin, Dmitry Peskov, mengesahkan pada Ahad bahawa Depardieu telah diberikahn pasport Rusia.

Presiden Perancis, Francois Hollande merancang untuk menaikkan cukai kepada golongan yang mempunyai pendapatan 1 juta euro (RM3.98 juta) ke atas kepada 75 peratus daripada kadar semasa 41 peratus, manakala Rusia mempunyai kadar rata 13 peratus. - AP

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan