Bas Terbabas, 11 Penumpang Terkorban

Diterbitkan: Ahad, 6 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BOGOTA: Sebuah bas yang dipandu laju terbabas di kawasan bukit barat Colombia mengakibatkan 11 orang maut termasuk empat kanak-kanak dan 31 lagi mengalami kecederaan.

Sumber Bulan Sabit Merah berkata, mangsa termuda ialah kanak-kanak berusia setahun.

Bas milik syarikat Arauca berlepas dari bandar Quibo menuju Bogota, kira-kira 800 kilometer.

Pihak berkuasa mendakwa pemandu bas berkenaan yang mengalami kecederaan didapati mengantuk.

"Dia sudah memandu kira-kira 12 jam," kata Pengarah Polis Trafik, Francisco Patino. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan