Hyundai Panggil Balik 2,864 Kereta Veloster Di China

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Hyundai Motor Group (China) Ltd akan memanggil balik sebanyak 2,864 model Velosternya mulai 15 Januari ini disebabkan oleh masalah brek dan cermin kalis mataharinya yang mudah terjejas.

Panggilan semula itu akan melibatkan dua kumpulan kereta Veloster yang dijual di China, termasuk 2,408 unit yang dibuat di antara 13 April, 2011 dan 25 Feb, 2012, serta 456 unit yang dikeluarkan di antara 1 Nov, 2011 dan 17 April, 2012, demikian menurut badan pengawas kualiti produk negara China.

"Kumpulan pertama akan dipanggil balik disebabkan oleh masalah gegelang kedap, yang boleh menyebabkan fungsi brek yang tidak cekap dan bunyi bising semasa pemanduan.

"Bagi kumpulan kedua, cermin jendela langit kalis matahari mudah terjejas oleh impak, dan cermin itu mungkin pecah apabila kereta bergerak," kata Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantina dalam satu kenyataan.

Hyundai Motor Group (China) Ltd ialah anak syarikat Hyundai Motor Group, pembuat kereta terbesar Korea Selatan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan