Banjir Lumpur: 2 Terbunuh, Ratusan Hilang Tempat Tinggal di Rio de Janeiro - Berita Dunia | mStar

Banjir Lumpur: 2 Terbunuh, Ratusan Hilang Tempat Tinggal di Rio de Janeiro

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Hujan lebat dan berterusan mengakibatkan banjir lumpur dan banjir kilat di sekitar Rio de Janeiro, serta ratusan penduduk kawasan itu kehilangan tempat tinggal selain dua dilaporkan terbunuh.

Pegawai kerajaan negara itu berkata, beberapa sungai di daerah utara Rio melimpah sehingga menyebabkan jambatan musnah.

Katanya, tanah runtuh yang berlaku berikutan hujan berterusan itu memusnahkan kediaman, jalan raya dan kenderaan yang berada di kawasan terbabit. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan