6 Warga Russia Maut Kemalangan di Pergunungan Alp

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasukan mencari dan menyelamat Alpine bersama pasukan bomba turut serta dalam usaha mengesan enam pelancong Russia yang terbunuh di Pergunungan Alp. Dua lagi rakan mereka cedera parah apabila kenderaan salji yang dinaiki mereka terbalik dan terhumban ke laluan ski di Pergunungan Alp pada Sabtu. -Foto AFP

ROM: Enam pelancong Russia terbunuh manakala dua yang lain cedera parah apabila kenderaan salji yang dinaiki mereka terbalik dan terhumban ke laluan ski di Pergunungan Alp.

Petugas penyelamat berkata, kenderaan yang dikendalikan pemandu warga Russia itu sedang membawa pelancong di sekitar pergunungan Cermis, di wilayah Trentino sebelum ia hilang kawalan dan tercampak sejauh 100 meter ke bawah.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital, tetapi usaha mencari mayat mangsa yang terkorban masih diteruskan. - REUTERS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan