Presiden Rusia Beri Taraf Warganegara Kepada Pelakon Popular Perancis Gerard Depardieu

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Presiden Vladimir Putin pada Khamis telah mengeluarkan satu dekri khas menganugerahkan taraf kewarganegaraan Rusia kepada pelakon popular Perancis, Gerard Depardieu.

Depardieu sebelum ini telah mengancam akan menyerahkan taraf kerakyatannya sebagai memprotes tindakan kerajaan Perancis menaikkan cukai individu di kalangan warga yang berpendapatan lebih satu juta Euro.

"Hari ini (Khamis), Presiden Vladimir Putin telah menandatangani satu dekri yang mengiystiharkan penganugerahan kewarganegaraan Rusia kepada Gerard Depardieu," demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kremlin.

Pada 20 Disember lalu, Putin telah mengeluarkan kenyataan yang beliau bersedia menawarkan taraf kerakyatan khas kepada Depardieu yang dianggapnya sebagai seorang usahawan dan kawan.

Depardieu sebelum ini turut menyatakan hasratnya untuk berhijrah ke Belgium.

Bagaimanapun beliau dilihat lebih akrab dan rapat dengan aktivis seni Rusia malah mengambil bahagian yang aktif dalam beberapa festival seni yang dianjurkan oleh Rusia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan