Lelaki Gigit Telinga Mangsa Hingga Putus Ditangkap Polis

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Seorang lelaki berusia 25 tahun untuk kali keduanya ditangkap polis kerana perbuatan menganiaya mangsa dengan cara menggigit mereka, dan dalam kes terbaharu ini dia didapati menggigit teliga seorang lelaki lain hingga putus.

Suspek ditangkap pada Ahad, sehari selepas dia menggigit hingga putus teliga Edi Irawan, 32, dalam satu pertengkaran di terminal bas Pulo Gadung, Jakarta Timur.

Polis berkata dalam kejadian itu suspek yang ketika itu sedang mabuk membuat kekecohan di situ dan cuba memukul seorang kawan Edi yang sedang hamil.

Satu pertengkaran kemudian berlaku antara suspek dan Edi yang berakhir dengan bertumbuk dan pada ketika itu suspek tiba-tiba menerkam dan menggigit telinga Edi hingga putus.

Edi berkata suku bahagian telinganya putus digigit oleh suspek dan ia tak dapat disambung semula kerana bahagian itu tidak ditemui.

Menurut polis, suspek yang sering membuat kekecohan di sekitar Terminal Bas Pulo Gadung, pernah ditangkap pada tahun 2011 dan dihukum penjara kerana menganiaya seorang mangsa dengan menggigit lengannya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan