Pekedai Dari Pelbagai Peringkat Umur Di China

Diterbitkan: Khamis, 3 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: "Saya telah bekerja di kedai pak cik sejak saya berumur 15 tahun. Kami menjual peralatan elektronik dan saya seronok bekerja di sini".

Itu antara kata-kata seorang pekedai remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Kelly.

Kelly, 19, dilahir dan dibesarkan di Guangzhou; ibu negeri dan bandar terbesar di Wilayah Guangdong.

Di bandar yang sibuk dan pesat membangun ini, ramai mula bekerja pada usia muda di kedai milik keluarga.

Apabila ditanya sekiranya dia suka bekerja, Kelly hanya mengangguk.

"Saya dapat wang untuk berbelanja diri sendiri dan mungkin satu hari nanti, saya akan dapat buka kedai saya sendiri," katanya.

MULA MUDA

Terdapat begitu banyak pusat berniaga dan pasaraya di tengah-tengah Guangzhou dan begitu juga dengan kehadiran pelbagai saiz gerai.

Penulis bertemu Fatimah di tingkat atas sebuah pusat elektronik dan digital. Beliau berumur 28 tahun graduan universiti dari Xingjian, sebuah negeri di China yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Fatimah mempunyai kedainya sendiri yang menjual pelbagai jenama dan jenis Al-Quran digital untuk kanak-kanak dan dewasa.

"Saya mula menjual produk ini sejak lima tahun lepas. Tunang saya dan saya mengusahakan kedai ini. Saya ada sebuah lagi cawangan di sebuah bangunan berdekatan. Saya mahu melihat perniagaan saya berkembang lagi. Saya mahu menjadi usahawan yang berjaya," jelas Fatimah sambil diperhati oleh tunangnya, Mohammed.

Mereka merancang mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.

"InsyaAllah, kami akan berkahwin tidak lama lagi," kata Fatimah, yang boleh berbahasa Inggeris.

Kebanyakan produk untuk kegunaan orang Islam di seluruh dunia dihasilkan dari Xingjian.

"Kami begitu banyak mengilang, dan kami gembira dengan pendapatan yang dihasilkan daripada produk untuk kegunaan orang Islam di seluruh dunia," kata Fatimah.

Al-Quran dalam bentuk digital dijual di sini dan harganya tidak lebih daripada 200 Yuan, kira-kira RM100.

Manakala digital AL-Quran untuk versi kanak-kanak berharga tidak lebih daripada 30 Yuan (kira-kira RM15).

"Ia adalah murah jika dibeli secara pukal. Kebanyakan peruncit di sini lebih gemar menjual barang-barangan mereka kepada pemborong," kata Fatimah, apabila ditanya sekiranya beliau boleh mengurangkan harga Al-Quran yang penulis berkenan.

SARUNG TELEFON PINTAR

Di jalan yang sama, terdapat sebuah lagi bangunan menawarkan aksesori untuk gajet elektronik.

"Terdapat banyak aksesori yang cantik. Direka dengan begitu baik sekali. Berapa harga aksesori di sini? Ia lebih murah jika dibeli secara pukal?" tanya Syahila Ahmad.

Beliau berada di kawasan komersial itu bersama-sama ibu, seorang rakan dan beberapa saudara.

Terdapat banyak kedai kecil menjual sarung untuk telefon pintar di tingkat bawah pasaraya berkenaan, di mana terdapat sejumlah gajet popular. Sarung untuk 'tablet' juga boleh didapati di sini.

"Kami menghasilkan sarung telefon menggunakan mutiara, manik dan kristal. Semuanya menarik," kata Hui Lin, yang telah bekerja selama dua tahun.

Terdapat sarung telefon dengan karakter kartun popular termasuk Hello Kitty dan karakter Disney.

Adakah ia mahal?

"Sarung telefon yang disaluti manik berharga 40 Yuan (kira-kira RM20). Sarung telefon yang diperbuat daripada fabrik ringan berharga 20 Yuan (kira-kira RM10)," kata jurujual itu berbahasa Mandarin.

Sarung telefon bergerak yang berwarna-warni dan menarik berharga kira-kira 12 Yuan (kira-kira RM6).

Sarung telefon adalah hadiah menarik untuk diberi kepada rakan dan saudara mara.

MAKANAN KERING

Penulis menyewa di hotel Xi Di Wan. Bersebelahan hotel berkenaan ialah sederet kedai menjual kapis, udang dan makanan laut yang dikeringkan.

Berjalan-jalan di sepanjang jalan berkenaan yang terdapat kedai seumpama sekitar 8.00 malam membolehkan penulis melihat banyak aktiviti yang dijalankan di kawasan berkenaan.

Terdapat ramai pekerja sedang memunggah kotak berisi makanan laut dari kenderaan besar. Kotak-kotak itu kemudian dibawa masuk ke dalam van dan lori sebelum dibawa ke tempat lain.

"Kepis, udang dan ikan kering dijual di luar hotel berkenaan. Harganya bergantung kepada kualiti produk berkenaan," kata S P Chien, seorang keturunan Sarawak yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Guangzhou.

Kepis berkualiti baik harganya kira-kira 500 Yuan (RM250) untuk setiap 500 gram. Kepis yang lebih kecil dan berkualiti rendah harganya lebih murah.

Udang kering yang lebih besar harganya lebih mahal berbanding udang kering bersaiz kecil.

"Anda hanya perlu merendam udang kering semalaman dan kemudian campurkan dalam bubur nasi. Anda juga boleh memasak udang dengan kepis. Orang Cina suka menyuapkan bubur kepada bayi dan anak mereka. Orang Cina percaya bubur adalah baik untuk kesihatan," kata Chien.

Kebanyakan pekedai makanan laut adalah lelaki pertengahan umur.

TEH CINA

Kedai-kedai yang terletak selari dengan Pearl River, tidak jauh dari Hospital Memorial Sun Yat-Sen, menjual daun teh pada harga kompetitif.

Harga daun teh adalah antara 25 dan 50 Yuan (RM10-RM25) untuk 250 gram.

Guangzhou mempunyai banyak untuk ditawarkan apabila ia berkenaan dengan produk mampu beli.

Bahasa adalah penting kerana pekedai kebanyakannya lebih selesa berkomunikasi dalam bahasa Mandarin. Bagaimanapun, terdapat pekedai yang boleh faham bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Ini kerana ramai orang dari seluruh dunia datang melawat Guangzhou. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan