Maduro Nafi Tahap Kesihatan Chavez Semakin Teruk

Diterbitkan: Khamis, 3 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CARACAS, Venezuela: Naib Presiden Venezuela, Nicolas Maduro kembali ke negara ini pada Rabu selepas melakukan lawatan bersama Hugo Chavez di Cuba sambil memberitahu tahap kesihatan Presiden masih lemah, tiga minggu selepas menjalani pembedahan kanser.

Maduro turut menafikan bahawa masalah kesihatan Chavez semakin teruk.

Beliau memberitahu telah bertemu sebanyak dua kali dengan Chavez dan sempat berbual panjang dengannya.

"Dia masih tidak sedarkan diri akibat pembedahan itu. Dia meminta saya supaya memaklumkan perkembangannya kepada rakyat di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual bersama sebuah stesen televisyen di Havana, malam Selasa.

Chavez tidak pernah kelihatan sejak pembedahan yang dijalankan pada 11 Disember lalu.

Keadaan itu menyebabkan tahap kesihatannya hangat diperkatakan susulan berita terbaru mengenai komplikasi yang dialaminya selepas pembedahan tersebut.

Bagaimanapun, Maduro tidak menjelaskan dengan lanjut mengenai komplikasi yang dialami beliau dalam temu bual itu.

Beliau turut meminta penyokong Chavez supaya mendoakan kesihatannya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan